Assalamualaikum,
Sekarang posting saya adalah Population Health and Preventive Medicine, atau tempat lain panggil Public Health atau nama-nama lain. Ada dua perkara utama yang kami perlu lakukan dalam posting selama sebulan ini.
Pertama dan yang paling utama adalah mengadakan kajian (research) terhadap penduduk di dalam kawasan MBSA. Seperti elektif kami, cuma kali ini kami diberikan kelas dan diajar dengan sistematik tentang cara-cara membuat kajian. Sering kali dalam kelas sewaktu saya belajar cara report writing, rasa macam sedih sebab waktu kami je Jepun untuk elektif, kami tidak diajar dengan betul cara membuat report. Jadi report kami jika saya bandingkan sangatlah memalukan. T_T
Kali ini kami, MBSA menyediakan kawasan Kg Melayu Subang untuk kami lakukan kajian di sana. Kami menggunakan DASS-21 questionnaire base dan tambah beberapa soalan lain untuk kaji association dan coping mechanism yang mereka amalakan.
Untuk menyediakan borang kaji selidik bukanlah sesuatu yang mudah. Setiap soalan perlu difikirkan releven untuk bertanya soalan tersebut dengan melakukan literature review. Kemudian setiap option jawapan perlu dispesifikan kuantitinya. Contoh sedikit, kadang-kadang, jarang-jarang, selalu, kerap, semua ini perlu ditentukan nilai agar tidak keliru.
Kemudian perlu menyediakan proposal research, perlu sediakan introduction, background, literature review. Pening-pening. Nasib baik sample size kami Dr.I tolong kirakan. Sebab kelas untuk mengira sample size kami akan belajar pada minggu ketiga. Asalnya kami perlu lakukan kajian terhadap penduduk Subang Perdana yang terdiri daripada Kg Melayu Subang, Pekan Subang dan Subang
Kemudian kami perlu pergi dari rumah ke rumah untuk penduduk menjawab borang soal selidik kami. Menggunakan cross sectional study dan kaedah random sampling. Sebab taburan penduduk tidak teratur di sana. Strategi kami sebenarnya datang pada hari minggu atau cuti raya cina nanti kerana waktu itu tentu ramai orang ada di rumah. Kerana berdasarkan pengalaman kumpulan lepas, datang pada hari biasa tiada orang di rumah kerana meraka keluar berkerja. Kerja 5 hari biasa boleh habis dalam 1 hari, hari minggu.
Saya group 3, terdiri daripada 5 orang, 4 girls. Datanglah dari rumah ke rumah. Ketuk pintu bagi salam. Area kuning tu adalah area yang kami akan cover for 5 days (harap-harap tidak perlu extend).
Untuk analisa data, kami gunakan T-test, Chi-square dan ANOVA. Saya masuk dalam Team Data Analysis. Akan pening kepala sebab mesti orang hantar data masing-masing lambat. Kemudian bila masukkan dalam SPSS-16, perlu bersihkan data, kene exclude mana-mana data yang tidak releven. Barulah boleh keluarkan result. Kemudian perlu analisa sama ada significant atau tidak. Huhu..
Masa tahun 2 kami sudah didedahkan dengan kelas statistic. Namun tahun 4 ini kami perlu apply dalam research. Hmm, agak pelik macam mana dulu saya boleh A1 dalam Add Math. =_= Macam pernah belajar tapi kenapa sekarang rasa macam susah sangat je?
Okay, to be continued...
Wallahualam.



