28 January 2012

Karnival Kesihatan


Assalamualaikum,

Seperti yang terteran diatas, dan dari post lepas, saya lupa sebut tentang komponen kedua PHPM kami, iaitu mengadakan Karnival Kesihatan. Setiap kali pelajar tahun 4 malalui PHPM posting, mereka akan adakan karnival kesihatan. Jadi setiap 2 bulan sekali kami akan adakan karnival seperti ini di kawasan-kawasan naungan Majlis Bandaraya Shah Alam.

Seperti program OPKIM yang biasa kami buat, akan adakan pemerikasaan kesihatan percuma, pemeriksaan gigi, derma darah, pap smear dan pameran kesihatan. Kami juga akan demonstrate beberapa kaedah pertolongan cemas.


Dewan tapak projek karnival kami. Hari itu kami sedang survey tempat ini, buat floor plan. Team research pula tengah map out kawasan Kg Melayu Subang, sebab kawasannya agak tidak tetap bilangan rumah setiap lorong yang ada. Okey, semua team bersepah buat kerja masing-masing.


Dalam ini kami akan buat health check-up as usual. Tengah ruang menunggu, dan peserta boleh ikut giliran dari kaunter pendaftaran, ke BMI, Tekanan Darah, Gula dalam darah, Fundusphoto specially brought by team ophthal untuk mereka yang ada kecing manis tapi tak sempat jumpa dr. mata. Semuanya percuma. Pentas adalah tempat untuk menderma darah.


Klinik Desa untuk Pap Smear, mungkin RM5.00 per check-up. Sangat penting untuk wanita yang sudah berumur untuk pemeriksaan kanser serviks. Juga ada cara-cara untuk buat pemeriksaan payu dara untuk mengesan barah payu dara secara awal. Klini ini betul-betul di hadapan dewan, jadi tempat letak kenderaannya sangat luas, sangat membantu tapak karnival kami nanti.


Cantikkan? Macam professional punya design. Well done to team multimedia.

Temankan mereka visit site untuk Futsal under 12 dan sukaneka. Kebanyakkan program diuruskan oleh JKKK Kg Melayu Subang sendiri. Mereka sangat memberikan kerjasama kepada kami. Waktu bermesyuarat dengan mereka sampai jam 12 setengah malam dari waktu lepas Isyak, mereka sangat menyenangkan dan professional dalam kerja mereka.


Mereka siap offer nak printkan banner labih murah dan besar untuk kami. Sebab kami sediakan 2 banner sahaja (limited budget) tapi pihak JKKK nak offer printkan FOC! Lepas tu mereka yang tolong gantungkan lagi banner. Tapi kawan-kawan yang duduk dekat area Subang ada turun padang tolong sekali. Dedicated kan mereka?

Okay, nak tahu lebih datanglah ke Karnival kami. ^_^ Tentatif seperti berikut
(macam nak ajak satu dunia je)


Tentatif Program Karnival Kesihatan Fakulti Peruabtan UiTM 2012
0730: Aktiviti Berbasikal Keliling Kampung dimulakan (Khas untuk penduduk Kg Melayu Subang)
0800: Senamrobik
0830: Semua acara kesihatan bermula
-          Pemeriksaan & Pameran Kesihatan
-          Futsal dan Sukaneka
0900: Majlis Perasmian dan Ucapan alu-aluan dimulakan
-          Ucapan aluan 1: Mohd Shafiq bin Mohd Azman, Pengarah Program Karnival Kesihatan Fakulti Perubatan UiTM 2012
-          Ucapan aluan 2: Ustaz Zainal Abidin Amat, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Kampung Melayu Subang.
-          Ucapan dan perasmian: Yang Berhormat, Dr. Mohd Nasir Hashim, ADUN Kota Damansara.

 1000: Ceramah Kesihatan; Cara menangani Stress/ Tekanan Perasaan
           - Cik. Sakinah, Ahli Psikologi Klinikal,
1030: Semua acara kesihatan diteruskan
-          Derma Darah (Dewan MBSA Kg Melayu Subang)
-          Pemeriksaan Kesihatan Wanita (Klinik Desa Kg Melayu Subang)
-          Pertandingan Memasak
-          Cabutan Bertuah
1300: Rehat untuk laluan Solat Zohor dan Makan Tengah Hari
1400: Acara kesihatan diteruskan
1500: Majlis Penutupan dan Penyampaian Cenderahati
-          Majlis Penyampaian Cenderahati
-          Ucapan Penutupan: Dr. Mohamad Ikhsan Selamat, Pengarah Projek, Program Karnival Kesihatan Fakulti Perubatan UiTM 2012.
1600: Bersurai

dan... Saya adalah orang yang harus memastikan aturcara ini berjalan lancar.. +_+ or else, pengarah will kill me..
Wallahualam. Doakan semua berjalan lancar.