Assalamualaikum,
Sambil menunggu keputusan peperiksaan semester 7 keluar esok (nervous), kita alihkan tumpuan dengan memasak. Hehe.. Post berkenaan masakan akan saya tulis di bawah kategori Recipes and Cooking. Banyak resipi boleh share, jadi nak mula dengan yang senang-senang dahulu.
Saya banyak ubah dan susun kembali kategori penulisan agar senang untuk pembaca rujuk selepas ini.
Untuk buat bihun sup, anda perlukan;
1) Daging 5g (atau saya ambil agak-agak sebanyak satu genggam sahaja)
--> Keluarkan daging dari peti ais dan lembutkannya (waktu handle daging ini saya teringat waktu forensic autopsy. =_= Tapi somehow, saya tidaklah jadi hilang selera. Hmmm)
--> Daging potong halus atau dadu (saya suka perapkan dengan kicap dan lada putih, rasa lebih menarik)
2) Bawah merah 5 ulas
3) Bawah putih 3-4 ulas
4) Halia (dalam tebal 1-2 cm sahaja)
5) Cili Padi 4-5 biji (ikut selera,
6) Bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis & [alamak lupa satu lagi nama] (4 sekawan)
---> Semua ini basuh bersih-bersih, potong halus, untuk ditumiskan dengan minyak.
---> lepas bahan tadi sudah masak dan wangi, masukkan daging dan tumis sekali sampai separuh masak.
---> Boleh juga gunakan ayam yang dipotong kecil-kecil untuk gantikan daging jika tidak gemar daging.
7) Sayur sawi (atau sayur lain yang bersesuaian, lobak merah, taugeh dan lain-lain)
--> kemudian masukkan air mengikut kadar yang suka (jangan banyak sangat, nanti tawar. Suka masukkan air yang sudah didihkankan. Jimat masa dan yakin air itu sudah dimasak dengan betul. ^_^)
---> Masukkan garam atau bahan perasa secukup rasa.
---> masukkan sayur tadi (sayur macam sawi masuk akhir-akhir supaya tidak terlalu layu) atau boleh celur berasingan dengan taugeh dan sayur lain.
---> biarkan didih seketika untuk daging tadi masak dan sebati dengan bahan lain.
8) Bihun sup (dicelur dengan air panas)
---> Ada sesetengah orang rebus bihun ini, tapi saya tidak gemar sebab jadi terlalu rapuh. Tapi bergantunglah pada selera masing-masing.
---> sudah cukup kembang, tos kan bihun.
Sudah siap. Maaflah, tak sempat nak ambil gambar yang sudah siap. Laju je masuk perut.
Boleh hidang dengan daun sup dan daun bawang serta bawang goreng.
Selamat mencuba.
^_^




