Assalamualaikum,
Ramai selalu mempertikaikan status wanita dalam Islam yang kononya berat sebelah. Kebanyakkan kuasa dipegang oleh kaum adam dan salah satunya adalah menjadi saksi. Jadi ada segelintir golongan hawa yang meminta hak sama rata dalam sesetengah perkara.
Kini saya faham dengan sejelasnya kenapa Allah letakkan hukum sebegini. Bukan bermakna sebelum ini saya tidak percaya, namun saya tidak memahami dengan mendalam hikmah disebalik sunatullah yang Allah cipta untuk hambaNya.
Walaupun wanita nampak dengan mata, namun mata hati akan menafikan atau menidakkan apa yang dilihat jika mereka tidak mahu percaya apa yang mata lihat. Walaupun akal sudah dapat menafsir maklumat yang disampaikan si mata tadi, namun hati masih tidak mahu menerima kenyataan.
Kata hati pada mata, mungkin kau silap, masa itu gelap, dan hanya beberapa saat. Tidak mungkin kau lihatnya. Namun apabila si akal berhujah dengan si hati bahawa semua ini berlaku bukan secara kebetulan, si hati tetap degil. Tidak mahu percaya tanya pada si telinga. Dengarnya ada orang lain nampak sama dengan apa yang si mata nampak.
Namun si hati tetap degil. Katanya tidak mungkin. Mesti ada orang lain yang serupa dengan orang yan dilihat. Kenapa? Kerana tidak sampai hati, kerana perasaan terhadap seseorang itu, kerana kita ambil latar belakang seseorang untuk menafsir apa yang dilihat oleh mata. Bukanya logik akal.
Namun akal si hawa bawa hatinya bertemu dengan akal dan hati seorang adam. Habis semua hujahnya dibangkang sama sekali. Sangat keras, namun tepat dan bersih pandagan hati dan akalnya. Tidak dimasukkan dengan perasaan berat sebelah, walaupun ia lebih mengenali dan mengetahui tetang dia berbanding si hawa.
Tertanya si hati, tergamak si adam mahu buat kesimpulan itu, sungguhpun kawan dia sendiri?
"Baiklah", kata akal, "Kau lihat sekali lagi, kali ini buktikan apa yang mata lihat itu salah". Akhirnya si hati sedar dan mengalah, akur dengan kesimpulan si akal.
Barulah si hati terbuka untuk membenarkan mulut berkata jujur. Berkata jujur pada orang yang sepatutnya, bukan mendiamkan kebenaran. Bukannya berkata pada orang salah dan menyebarkan cerita yang bukan-bukan. Memang dasar manusia yang suka makan nasi tambah dan ketupat, apakan daya.
Semua anggota akan diuji, dan akan dipersoalkan di akhirat kelak. Kamu sangka Allah hanya mahu menguji dia? Kamu sangka Allah hanya mahu menguji mangsa kejadian?
Kamu juga sedang diuji wahai saksi, wahai mata, akal, telinga, hati dan mulut. Adakah kamu akan kasihan dan berat sebelah atau jujur dan bertanggung jawab terhadap apa yang kamu saksikan?
Namun, jauh di sudut hati, masih risaukan dia, masih mahu menjaga maruah dan masa depan dia. Lebih risau berbanding keselamatan dirinya sendiri...... Itulah hawa yang mempunyai 9 nafsu dan 1 akal.
Islam itu adil, iaitu meletakkan sesuatu pada haknya. Adil TIDAK SAMA dengan isitilah sama rata.
Wallahualam.
