Minggu ini tiba rotation ke-3 kami dalam short posting, iaitu Forensic, selepas Ophthal dan ENT. Hari pertama lagi kami sudah didedahkan dengan kes Mati Mengejut (Sudden Death) untuk seorang lelaki berumur 22 tahun. Sangat muda, agak mencabar bagi pakar forensik patologi untuk menentukan punca kematian. Hampir kesemua 10 orang sahabat saya sebaya dengan umur si mati, jadi kami masing-masing berfikir, kematian boleh menjemput sesiapa walaupun dalam usia muda.
Mungkin ramai masih belum tahu kengerian sewaktu proses autopsi dilakukan. Silalah google atau cari sendiri di Youtube. Kami mahu tidak mahu, perlu biasakan dengan semua ini. Malah perlu masuk dan assist jika diberi peluang oleh pensyarah.
Selalunya kes MVA (motor vehicle accident), mahkamah akan mengeluarkan arahan untuk autopsi. Walaupun keluarga magsa menentang, autopsi perlu dillakukan. Pernah juga sahabat saya lepas jumpa kes mayat yang sudah reput (decomposed body) selalunya terjadi pada orang tua yang tinggal bersendirian. Maka pada waktu itu, bukan setakat bau gerai daging di pasar dalam bilik autopsy, bau yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.
Untuk forensik, pengetahuan anatomy kami diuji sama ada kami masih ingat atau tidak apa yang kami belajar sewaktu kami tahun 1 perubatan. Dulu saya sangat minat subjek anatomy siap lukis lagi semua organ, serta salur darah yang berkaitan. Juga physiology, bagaimana fungsi badan sewaktu masih hidup dan perubahan apabila sudah mati.
Kes Buang Bayi
Menarik hari ini adalah kes buang bayi yang perlu ditentukan punca kematian sama ada mati sewaktu dilahirkan (still birth) atau dibiarkan mati (negligence) atau dibunuh oleh ibu (infanticide) atau dibunuh oleh pihak lain (murderer).
Setiap keadaan di atas berlainan hukumannya. 2 tahun penjara jika melakukan keguguran dan menyembunyikan kematian. 20 tahun jika infanticide dan gantung sampai mati jika homocide. Jika biasa baca surat khabar anda mungkin akan biasa mendengar undang-undang jenayah yang dikaitkan pada sesebuah kes.
Kenapa hukuman lebih ringan jika ibu sendiri yang membunuh anaknya? Di dalam perubatan, wanita selepas bersalin boleh mengalami sindrom gila meroyan (post partum depression). Anda mungkin pernah dengar banyak kes buang bayi di negara kita. Ada ibu yang mencincang anaknya, ada juga yang mencampak anaknya dari tingkat atas bangunan ke bawah hingga pecah kepala.
Bagi saya, tidak boleh menyalahkan wanita yang melahirkan 100%. Memang salah mereka, namun disebabkan tekanan dan cemuhan masyarakat, mungkin mereka bertambah tertekan. Tambah lagi jika tiada ahli keluarga yang ingin bantu mereka di saat mereka memerlukan perlindungan dan bantuan. Suami atau boyfriend sudah tentu lama meninggalakan mereka dan tidak mahu bertanggung jawab. Maka bertambah teruk lagi keadaan psychology mangsa ini.
Jika undang-undang mahu menghukum si wanita yang melahirkan dan buang anak, hukuman sama patut dijatuhkan pada lelaki yang bertanggung jawab. Bukan susah, ujian DNA boleh dilakukan daripada bayi tadi. Masyarakat juga perlu pandai untuk mendekati golongan ini. Ya, memang ramai marah mereka berzina, mereka terlanjur, tapi dengan mencaci mereka dan pulaukan mereka, lebih banyak lagi dosa yang mereka lakukan, iaitu membunuh.
Bukan maksud saya bersubahat dengan mereka, tapi mereka ini perlu diberi bimbingan yang betul. Bawa ke hospital, buat pemeriksaan kesihatan. Nasihatkan mereka agar tidak membuang bayi atau tidak menggugurkan kandungan. Hubungi doktor atau pihak polis, mereka pasti tahu apa yang perlu dilakukan. Ketakutan yang mereka alami kadang kala menjadikan mereka tidak mampu untuk membuat keputusan yang waras. Mungkin boleh panggil uztaz atau ustazah untuk bimbing mereka.
Bukannya tidak boleh tanam bayi itu baik-baik, ini di buang ke dalam tong sampah, ke dalam semak. Manalah pergi otak mereka? Ingat bayi itu sampah ke?
Memang geram saya sepanjang dalam bilik autopsi tadi. Punyalah comel bayi lelaki itu, boleh pula dia nak biarkan bayi itu mati. Akhernya serah diri juga pada polis. Kenapa tak serah diri je dengan bayi yang hidup? Sekurang-kurangnya tidaklah seberat mana hukuman di dunia ni.
Entahlah, saya cuba nak bersangka baik, sekurang-kurangnya dia insaf. Dia serah diri. Tapi ini adalah kali ke-2 suspek melahirkan anak. Dari 2 orang lalaki berbeza. Malah sedang bertunang dengan lelaki lain pula. Allah... >_<
Kembali ke bilik autopsy
Nasib baik bukan giliran saya yang masuk, kalau tidak susah saya mahu menahan marah sambil nak belajar. Kami yang lain duduk di ruang yang ada cermin dan boleh melihat proses autopsi tanpa perlu menukar pakaian.
Tujuan autopsi dilakukan adalah ingin menentukan umur sebenar babyi atau janin yang dijumpai. Kemudian ia sempat hidup atau memang dilahirkan mati secara semula jadi. Atau adakah ia mati di dalam rahim lagi. Jadi sangat penting uri ada bersama untuk diperiksa. Juga doktor perlu tentukan punca kematian. Adakah dibunuh atau tidak tidak disengajakan.
Pemeriksaan dimulakan dari luar. Lihat kesan luka atau corak darah berkumpul. Bayi ini mati dalam keadaan meniarap atau menelentang. Adakah ia dilemaskan atau di tekup dengan kain. Dicekik, di tikan atau di hentak ke lantai sampai mati, di biarkan mati kelaparan. (horror je).
Tapi itulah tujuan doktor pakar forensik dalam kes ini.
![]() |
| ~please don't cut me open~ |
Paling penting adalah paru-paru. Sama ada hidup atau tidak bayi itu;
Warnanya gelap seperti hati, ia tidak pernah digunakan (homogenous). Warnanya lebih cerah, maknayanya ia sudah kembang (expand) dan pernah digunakan.
Adakah bucunya tajam (sharp) atau tumpul (dull).Tajam, belum expand, blunt end maksudnya sudah digunakan.
Jika ditekan ada bunyi udara (crepitation) aksudnya sudah kembang (expand).
Jika sudah menutupi sebahagian daripada jantung juga bermakna ia sudah expand. Kalau ikutkan kecik sangat paru-paru bayi. Ruang thorax selalunya lebih kecil dari ruang abdomen mereka.
Kemudian paru-paru akan diasingkan dan ujian apungan (floating test/hydrostatic test) akan dilakukan. Paru-paru yang terapung menandakan paru-paru itu pernah expand dan digunakan. Jika hidup dan dilemaskan juga paru-paru akan terapung (mungkin ada kelainan sikit dari segi struktur), paru-paru yang sudah mula reput (decompose) juga akan terapung.
dan banyak lagi tanda lain yang malas untuk diterjemah ke bahasa biasa.
Kemudian satu-satu organ diperiksa. Seperti orang dewasa, slice demi slice, organ dipotong-potong. Jika ada kecacatan sejak lahir, mungkin ia punca kematian bayi itu. Sample-sample tissue akan diambil jika perlu untuk pemeriksaan lanjut.
Apa-apa pun setelah habis, semua organ akan dimasukkan semula ke dalam badan dan dijahit dengan cantik.
Hmm....
Bunyi macam horror, tapi bila sudah selalu tengok atau buat, mungkin sudah biasa. Saya tidak ada perasaan takut atau sedih. Cuma geram bila kes itu adalah kes pembuangan bayi. Macam tak boleh terima lagi.
Moga-moga rohnya berada disampingNYA di syurga sana.
Wallahualam..

