22 December 2011

ada definisi 'orang baik'?cth senang sebagai simulasi, "dia tak bertudung, dia baik." "dia bukan islam, dia baik." "dia orang dakwah tapi hati busuk." "dia ustaz tapi suka main mata dengan pelajar perempuan" etc

Sebenarnya kte da jawab soalan ni mase mula-mula Nadz hantar. Lepas tu DC, then hilang jawapan yang kte tulis. T_T Rase malas nak tulis balik sebenarnya.

Baik ini sebenarnya siapa yang judge? Allah ke manusia? Bergantung pada orang itu, dia nak nampak baik dari pandangan Allah ke, baik dari pandangan manusia.

Allah sahaja tahu apa yang ada dalam hati manusia, dia bertudung, tapi dia bukan baik pun.Mungkin dalam hati dia sedang berlaku peperangan atau mujahadah untuk berubah ke arah lebih baik. Mungkin esok dia lebih baik dari diri dia hari ini.

Sama macam orang yang baik tapi tak bertudung. Dia baik, tapi mungkin dalam hati dia tergerak nak menutup aurat, cuma dia tidak tahu bila dan bagaimana untuk mulakan. Berhijrah daripada tidak memakai tudung ke pakai tudung, lebih-lebih lagi kalau dah 20-an, memerlukan satu kekuatan yang besar. Allah adalah sumber kekuatan dan pemberi hidayah pada hambaNYA.


Dia bukan Islam, dia baik - baik dengan manusia lain. Tapi dengan Allah? Mungkin dia kata tuhan itu beranak, atau tuhan ada tiga, atau menyamakan tuhan dengan simbol-simbol kebendaan. Baikkah dia dengan tuhan?

Pernah dengar Hablun minnallah wa hablun minannas? Rujuk surah Ali Imran ayat 112.

Ada tiga kategori sikap (akhlak):

1) Baik kepada Allah (mengamalkan perintah-Nya) tetapi bersikap buruk kepada sesama manusia.
2) Baik kepada manusia tetapi bersikap buruk kepada Allah (meninggalkan suruhan-Nya).
3) Baik kepada Allah dan baik kepada sesama manusia.

Yang mana satukah di antara ketiga-tiga kategori sikap di atas yang mahu kita miliki?

Saya juga pernah dengar, hablun minannas tu juga maksudnya berbuat baik binatang...


dan tumbuhan~

Wallahualam~ ^_^