Assalamualaikum,
Hari ini bila bangun pagi, terasa ada sesuatu yang sangat menarik badan untuk jangan bangun dari atas katil. (Okay, sebenarnya saya tak tidur pun semalam, dari jam 12 tengah malam berjaga sampai ke pagi). Terasa teramat sangat mahu meninggalkan kelas hari ini. Tapi saya tahu tidak boleh ponteng, lebih-lebih lagi posting ini. Mesti penuhkan attandance 90% kalau tidak kene bar dari ambil exam.
Kenapa jadi begitu? Saya mula berfikir, sebelum ini memang ada perasaan malas-malas nak pergi kelas. Tapi kali ini perasaan ini memang tanak pergi kelas langsung, rasa muak. Nasib baik saya cepat-cepat istighfar dan terus bersiap dalam masa 10 minit. Paksa diri, lawan perasaan tu kerana saya masih mahu belajar, saya tidak mahu buang masa.
..Hmmmm......................................................
Mungkin jadual yang padat?
Hmmm, memang rotation kali ini agak memenatkan, dari jam 7 pagi sudah bertolak ke Sungai Buloh, untuk kelas sampai jam 10 pagi di kampus. Kemudian bergegas ke hospital untuk ke ward, klinik atau bantu prosedur di klinik. Tengah hari hanya sempat makan dan solat. Kemudian petang ada pembentangan oleh pelajar sendiri di panta oleh staff. Setiap hari ada pembentangan seminar, maka sangat penat sebab perlu sediakan slide presentation. Kadang-kala pelajar baru nak kenal atau baru baca topik tersebut, namun mereka mengharapkan seperti kami perlu tahu semua.
Sebenarnya saya tidak kisah jadual yang pack, kerana jika terlalu kosong dan santai, maka mood malas mula akan melanda. Seperti Neurosurgery dan Dermatology, kami memang sibuk dan sentiasa dipantau dan diberi tugas untuk clerk patient.
Tiada kesungguhan dalam mengajar?
Bercakap tentang enthusiasm (kesungguhan), jujur saya cakap bukan semua 'ibu bapa' di sini ada sifat tersebut. Lebih menyedihkan jika yang lebih enthusiasm untuk mengajar itu adalah 'ibu bapa' luar.
Kawan saya ada pesan sebelum masuk ke dalam posting ini, "Oh, masuklah klinik dengan dr sekian sekian, dia best, banyak mengajar, banyak ilmu dapat daripada dia".
Kemudia saya tanya dia, "Eh, bukan ke dr tu dr luar? Kita punya dr sendiri bukan ada juga ke?"
Dia jawab sambil membuat satu muka, "Oh, jangan masuk dengan dr tu, diorang bukan mengajar sangat, tanya banyak-banyak soalan, kemudian marah-marah. Lepas marah bukan beritahu jawapan pun. Masuk klinik dibuatnya macam kita ni tak ada je dalam tu."
Saya agak terkejut, dialog di atas adalah kompilasi-kompilasi komen yang telah diubah suai dari kawan-kawan. Sebenarnya saya tidaklah terkejut sangat. Apa yang saya terkejutkan adalah rupanya bukan saya seorang sahaja yang rasa begitu. Ajaib, walhal mereka dibayar gaji untuk mengajar namun kenapa yang lebih enthusiastic mengajar adalah orang luar?
Saya mula perasan daripada Medicine lagi, sehingga sekarang. Kenapa? Kenapa orang luar yang banyak mengajar?
Saya faham mereka tidak mahu spoon feed. Tapi mereka juga perlu faham yang pelajar harus menghadam semua info baru dalam masa yang singkat, malah di luar waktu kelas banyak perkara lain yang kami perlu uruskan. Mungkin ada yang perlu uruskan hal mustahak, maka mereka tidak boleh anggap setiap malam kami akan habiskan satu buku untuk di baca.
Mungkin ada yang telah berjaya menghabiskan topik tersebut, namun bila ditanya, proses mengeluarkan jawapan itu agak lambat. Ini juga sering berlaku kerana apa yang dibaca bukanlah straight forward seperti yang ditanya. Mereka perlu faham, dan beri sedikit masa kepada mereka. Mungkin mereka tahu, tapi tidak terkeluar dari mulut kerana takut salah atau tidak pasti betul atau tidak jawanpa itu. Jangalah cepat melenting, kemudian tidak beri tahu jawapan sebenar. Bantu kami untuk menjadi lebih lancar.
Dalam perubatan, kita tidak boleh menghentam jawapa. Prinsip ini telah ditekankan sewaktu kami tahun 1 dalam bentuk soalan MCQ. Jika satu soalan betul, dapat satu markah, jika salah akan ditolak marah. Jika dibiarkan kosong, maka tiada markah. Lebih baik dibiarkan kosong daripada menghentam sebab nyawa boleh terancam jika salah membuat keputusan.
Mungkin kami sendiri yang kurang membaca, namun jika ilmu perubatan ini boleh dipelajari dengan hanya membaca buku teks, apa gunanya datang kelas? Apa gunanya ada ward work? Apa gunanya ada attitude assessment? Apa gunanya ada pensyarah? Lebih baik habiskan masa baca buku di dalam bilik bukan?
Pelajar bukan diminta untuk di spoon feed, tapi saya rasa kami perlukan guidance atas untuk sesuatu penyakit contohnya, apa point yang penting yang perlu ingat. Apa yang isu yang kerap hadir? Kalau mahu ingat semua dalam buku teks memang habislah berasap otak kami.
Kami juga perlukan orang yang sering berada di ward untuk bertanya jika tidak faham. Apa gunanya ward work tapi kefaham kami salah atau kurang terhadap sesuatu prosedur. Mungkin mereka kurang staf, kami faham. Mereka nasihatkan kami supaya tengok-tengok dalam ward kemudian baca di bilik. Okay, jadi apa fungsi mereka? Sesetengah perkara dalam ward perlu diterangkan apabila ia ada di depan mata kita. Jika sudah ada di bilik, susah untuk bayangkan apa yang dibaca tadi.
Kadang-kadang mereka marah kerana attitude kami, Memang ada sesetangah pelajar yang ponteng ward work. Namun bukan semuanya tidur di bilik, ada yang baca buku di bilik.Sebab apa? Bukannya faham apa yang dilihat dalam ward, dan tiada siapa yang ada untuk menerangkan. Semuanya sibuk.
"Jadi, pergilah tanya jururawat dalam ward, atau doktor lain dalam ward. Apa yang susah sangat? Banyak alasan ye korang?"
"Satu soalan, mereka dibayar ke untuk mengajar kami?"
Mereka yang berkira?
Saya tahu banyak dr luar yang tidak berkira malah sangat suka mengajar student UiTM, memang tabik habis. Tapi ada juga segelintir yang berkira dan tidak mahu mengajar, mereka juga sangat sibuk, dan pelajar bertanya-tanya mengganggu kerja mereka.
Saya cuba nak menyebelahi mereka, tapi saya rasa sangat tidak puas hati bila masuk ke posting kali ini. Sebab terlalu nampak perbezaannya. Sangat ketara. Malah layanan jauh bagai langit dan bumi.
Memang ada dr luar yang suka double standard pelajar UiTM. Itu saya sudah biasa. Saya tidak hairan sangat jika mereka tidak mahu mengajar kami, marah kami atau halau kami dari klinik mereka. Kerana kami hanya mohon ehsan mereka untuk mengajar. Mereka tidak dibayar.
Namun sedihnya berbeza dengan golongan yang dibayar. Jika mereka tidak mahu mengajar kami, agak peliklah di situ. Kami baca tapi tak faham, atau kami belum sempat baca topik itu. Atau kami mungkin tekankan bahagian lain daripada bahagian lain yang ditanya. Maka ajarlah jika kami tidak tahu, janganlah biarkan soalah itu tidak berjawab.
Entahlah, saya tidak faham apa sistem mereka apply, apa yang saya tahu saya agak tertekan dengan situasi ini. Sebab tidak dapat cukup dari 'ibu bapa' sendiri, kami terpaksa meminta dari 'ibu bapa' luar.
Hari ini kawan-kawan saya dimarah oleh staff luar, katanya, "Bukankan kamu ada staff sendiri? Mana mereka? Kenapa bukan mereka yang mengajar kamu?"
Walhal semalam waktu saya attach dengan akak tu, ok je dia mengajar. Malah sangat enthusiastic. Tidak tahu mana silapnya. Adakah kami tidak beri salam? atau kerana mereka tidak dibayar untuk mengajar kami?
Saya mula terdetik, takkanlah itupun nak berkira? Namun mereka tidak salah. Nope, bukan salah mereka jika mahu berkira.
Sedih tapi itulah kadang-kadang kala kehidupan. Tiada perkara yang sempurna dan ideal. Tiada sistem yang 100% baik. Ada juga manusia yang berkira, tapi ramai juga yang saya tahu tidak berkira. Apa yang penting, saya tidak terlalu terasa jika mereka tidak sudi. Yang sedihnya jika 'ibu bapa' sendiri tidak sudi atau tidak betul-betul mahu mengajar kami.
Jika menyebut tentang ENTHUSIASM, ada beberapa orang yang terlintas dalam kepala saya,
Prof. Ravi Neurosurgery, pensyarah kami sendiri. Waktu dengan dia, jadual agak penuh sebab dia mesti pastikan kami akan clerk satu kes setiap hari dan present waktu bedside.
Dr. Roha Dermatology, dr luar, juga sering suruh kami clerk kes dalam klinik atau bentangkan kes yang dilihat pada hari itu. Sangat bermanfaat.
Dr. Cheng ID dan banyak lagi doktor-doktor yang baik. ^___^
**************
Ada banyak perkara yang saya tidak tahu, mungkin ada sebab dan hikmah disebalik apa yang terjadi, Mungkin ada penjelasan lain atas terjadinya situasi sebegini. Mungkin saya tidak tahu.
Namun saya harap ia tidak jejaskan minat saya. Walaupun urge untuk duduk dalam bilik sepanjang hari sahaja memuncak-muncak datang pagi tadi, Alhamdulillah dapat melawan perasaan itu. Yes...
Able to tolerate things makes you grow with time.. I guess..
Wallahualam.


