**Sila rujuk post lepas berkaitan Jepun di Holiday Diary Kategory --> click sebelah..
Hari Jumaat, akhirnya matahari muncul pada waktu petang. Sepanjang minggu asyik hujan dan mendung, jadi kami tidak dapat keluar berjalan-jalan. Lepas habiskan kerja-kerja kami di Hospital, kami terus bergerak ke taman Ueno tgah hari selepas zohor.
Kali ini kami bersetuju untuk ke Ueno park dan Ueno zoo. Yeay... Kedua tempat ini sangatlah dekat dengan tempat tinggal kami. Hanya perlus seberang jalan sahaja untuk sampai. Sebenarnya kawasan ini terdiri daripada 2 bahagian, Shinobazu Pond dan Ueno Park. Hari ini kami tidak mahu ke Shinobazu Pond lagi, tapi untuk ke Ueno Park, kami perlu melintaasinya.
Perjalanan kami dari gate Todai ke Ikenohata Gate. Dari situ kami jalan, memintasi kolam, dan bertembung dengan Bentendo.
Kuil 8 segi untuk dewi Benten yang dikatakan membawa kekayaan, ilmu dan music. Hmm. masih lagi mengelilingi Shinobazu pond, sambil-sambil tu, bolehlah pembaca enjoy pemandangan di sini.
Mesti musim lain lagi cantik tempat ni.
Dalam kedai makan ni ada pelayan pakai kimono
Kedai makan yang unik
Okay, pusing-pusing pula taman ni. Mana jalan nak pergi zoo ni?
Kebanyakkan orang yang datang luar dari Tokyo kami rasa. Sebab mereka seolah-olah tidak biasa melihat wanita bertudung seperti kami.
Ada persembahan.
Kami berhenti untuk lihat persembahan beliau. Saya siap ambil video. Namun apa yang kami perasan, orang ramai berhenti bukan untuk melihat persembahan ini, tapi melihat kami berempat yang bertudung. Agak malu sebenarnya.
Kanak-kanak bermain..
Orang tua bermain ... ape ye nama permainan ni? Macam dalam Alice in Wonderland tu..
Statue
Terlupa apa nama Kuil ni.
Patung berkolar merah tu seram..
Kedai lain
Kedai Aiskrim!!
Rombongan sekolah rendah, dan pak cik yang tengah depress..
Makan tengah hari di sini...
Owh, kami sudah jumpa jalan ke Ueno park daripada Shinobazu Pond. Cuma lintas dan naik tangga sahaja.
Saya tidak tahu anda perasan atau tidak, tapi kebanyakkan masyarakat luar negara, apabila ternampak ada orang sedang menunggu untuk melintas di zebra crossing, mereka pasti akan berhenti dan beri laluan untuk pejalan kaki melintas. Lain pula halnya di negara sendiri, di mana kereta buat-buat tak tahu dan biarkan orang tertungu-tunggu untuk melitas. Berhenti pun hanya bila lampu merah. Kalau tida traffic light, tiada harapanlah untuk berhenti.
Suasa di Ueno Park agak redup dan nyaman berbanding Shinobazu Pond tadi.
Owh, sedikit video persembahan pak cik tadi; click...
Wallahualam.. Thank you for visiting.. ^_^ will write again another story another time..
